LATAR BELAKANG
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA ditubuhkan pada awalnya dengan nama Persatuan Peladang dan didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang Kawasan 1967. Ia kemudiannya telah ditukarkan kepada nama Pertubuhan Peladang Kawasan apabila Akta Pertubuhan Peladang 1973 diluluskan oleh Parlimen. Persatuan Peladang atau Pertubuhan Peladang Kawasan MADA telah ditubuhkan pertama kalinya pada tahun 1968 dengan penubuhan Persatuan Peladang Kubang Sepat di mana keahliannya seramai 215 orang dan saham bernilai RM500.00. Penubuhan Persatuan Peladang semakin meningkat sehinggalah pada tahun 1974 dimana kesemua 27 buah Pertubuhan Peladang telah ditubuhkan.
OBJEKTIF PENUBUHAN
MENGIKUT PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PELADANG
i. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial ahli
ii. Menambahkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli
iii. Meningkatkan hasil dan pendapatan ahli
iv. Membaiki cara hidup ahli
v. Mewujudkan masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur dan bersatu padu.
KAWASAN LOKALITI
Wilayah 1 | |
A | Arau |
B | Kayang |
C | Kangar |
D | Tambun Tulang |
E | Simpang Empat |
Wilayah II | |
A | Kokdiang |
B | Sanglang |
C | Kerpan |
D | Tunjang |
E | Kubang Sepat |
F | Jerlun |
G | Jitra |
F | Kepala Batas |
G | Kuala Sungai |
Wilayah III | |
A | Hutan Kampong |
B | Alor Senibong |
C | Tajar |
D | Titi Hj Idris |
E | Kokbah |
F | Pendang |
Wilayah IV | |
A | Batas Paip |
B | Permatang Kundur |
C | Kangkong |
D | Permatang Buluh |
E | Bukit Besar |
F | Sungai Limau Dalam |
G | Guar Cempedak |
No comments:
Post a Comment